Tarikh : 26 Januari 2017 (Khamis)
Masa : 7.45 Pagi
Tempat : Dewan As-Shariff
Aktiviti : Majlis Khatam Al-Quran Bulanan 2017
Monday, 30 January 2017
Wednesday, 25 January 2017
Senamrobik Penutupan Bulan Panitia PJPK
Tarikh : 25 Januari 2017 (Rabu)
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Perkarangan Sekolah Kebangsaan Haji Mohd Shariff
Aktiviti : Senamrobik Penutupan Bulan Panitia PJPK
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Perkarangan Sekolah Kebangsaan Haji Mohd Shariff
Aktiviti : Senamrobik Penutupan Bulan Panitia PJPK
Monday, 23 January 2017
Bicara As-Shariff
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam sejahtera dan
Salam 1Malaysia,
Alhamdulillah, segala
rasa syukur dipanjatkan kepada Tuhan yang Maha Berkuasa, lantaran dengan
rahmatnya jua, kita warga SKHMS dan seluruh rakyat Malaysia berpeluang
diberikan nafas kehidupan untuk tahun 2017. Syukur Alhamdulillah.
Sempena tahun baharu ini, saya amatlah berharap warga SKHMS dapat
bersama-sama saya melangkah menelusuri Tagline
SKHMS - SUCCESS. Marilah kita
bersama-sama melihat kepada matlamat pendidikan ke arah globalisasi dengan
mengenali halangan yang semakin mencabar kini. Tujuannya agar kita dapat
menembusi kekangan dan halangan. Binalah gambaran mental yang positif agar kita
dapat mendidik anak bangsa mengikut hala tuju ke jalan Allah. Lapangkanlah
fikiran daripada keraguan terhadap kemampuan diri kerana setiap ciptaan Allah
itu sangat indah dan cungkillah bakat diri serta anak didik supaya dapat
bersama-sama menghadapi setiap cabaran yang mendatang. Janganlah kita alpa.
Sentiasa berada di landasan yang betul mengikut lunas-lunas Islam dan hala tuju
pendidikan. Kita perlu tunjukkan kepada dunia bahawa kita mampu dan boleh
melakukan apa jua amanah yang telah dipertanggungjawabkan untuk meneruskan
usaha bagi merealisasikan Kekal Juara.
Sistem Pendidikan Negara sedang melaksanakan satu transformasi melaksanakan PPPM 2013-2025, PBS, ELT, Sarana Sekolah dan Ibu bapa, Program i-THINK di samping Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). Kesemua perubahan pendidikan ini beroperasi di sekolah. Oleh itu sewajarnyalah warga pendidik yang menjadi pelaksana dapat menjalankan amanah ini ke arah kejayaan transformasi pendidikan negara. Pendidikan menjadi peneraju dalam membangunkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran dan berkeperibadian mulia. Situasi ini amat menuntut warga pendidik lebih prihatin, komited dan mempunyai daya juang yang tinggi dalam mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Tidak ada kepuasan yang terulung selain melihat anak-anak bangsa yang kita didik berjaya dalam semua aspek iaitu cemerlang dalam akademik, di samping gemilang sahsiah dan budi pekertinya ke arah menjadi insan yang terbilang. Saya amat yakin guru-guru dan kakitangan di sekolah ini berupaya untuk merealisasikan harapan Kementerian Pendidikan Malaysia dan sekolah ke arah melahirkan modal insan yang berkualiti.
Kepada warga SKHMS sekalian, harapan saya agar kita dapat bersama-sama berganding bahu meningkatkan kualiti dalam segala aspek seperti mana yang telah termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara. Marilah kita bergandingan bagi memastikan anak didik SKHMS ini bakal menjadi sebahagian warna-warna kegembiraan negara pada masa hadapan dan bukan merupakan secalit warna kehancuran atas kealpaan dan kelekaan kita. Insha Allah.
Kepada warga SKHMS sekalian, harapan saya agar kita dapat bersama-sama berganding bahu meningkatkan kualiti dalam segala aspek seperti mana yang telah termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara. Marilah kita bergandingan bagi memastikan anak didik SKHMS ini bakal menjadi sebahagian warna-warna kegembiraan negara pada masa hadapan dan bukan merupakan secalit warna kehancuran atas kealpaan dan kelekaan kita. Insha Allah.
Akhir kalam,
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan
syabas kepada semua warga SKHMS hari ini atas kejayaan yang dikecapi sepanjang
tahun 2016. Saya sangat berharap agar kecemerlangan yang diharapkan pada tahun
2017 menjadi pemangkin untuk warga SKHMS mempertingkatkan mutu pencapaian
masing-masing daripada segi kualiti kerja, pencapaian pelajar serta matlamat
yang dirancang sepanjang tahun 2017 terlaksana.
Wabillahitaufik
Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih.
(MAZIDA BIN ARSHAD)
Guru
Besar,
Sekolah
Kebangsaan Haji Mohd Shariff.
Perhimpunan Kokurikulum Tunas Puteri
Tarikh : 22 Januari 2017 (Ahad)
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Perkaragan Sekolah Kebangsaan Haji Mohd Shariff
Aktiviti : Perhimpunan Kokurikulum Tunas Puteri
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Perkaragan Sekolah Kebangsaan Haji Mohd Shariff
Aktiviti : Perhimpunan Kokurikulum Tunas Puteri
Merentas Desa Peringkat Sekolah
Tarikh : 21 Januari 2017(Sabtu)
Masa : 8 Pagi
Tempat : Sekolah Kebangsaan Haji Mohd Shariff
Aktiviti : Merentas Desa
Masa : 8 Pagi
Tempat : Sekolah Kebangsaan Haji Mohd Shariff
Aktiviti : Merentas Desa
Bulan Panitia Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
Tarikh : 18 Januari 2017(Rabu)
Masa : 8 Pagi
Tempat : Gelanggang Tenis Sekolah Kebangsaan Haji Mohd Shariff
Aktiviti : Bulan Panitia Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
Masa : 8 Pagi
Tempat : Gelanggang Tenis Sekolah Kebangsaan Haji Mohd Shariff
Aktiviti : Bulan Panitia Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
Wednesday, 18 January 2017
Subscribe to:
Posts (Atom)